Tuesday, June 29, 2004

Wa menyumbang sekadar yang termampu..

Petang nie..lepas opis hour , wa check komuniti sekolah sains machang wa dulu..aktif lagi rupanya.Ader berita kawen-mawen,bolasepak euro2004 tapi satu jek missing ..gambar2 diaorang yg terbaru . Dude, a picture is worth thousand of words.Kengkawan yg mana keep in touch with wa,kalo wa sempat amik gambar korang ,wa akan upload kat circles99 tu ..kalo hangpa tak bagi upload,wa tak kira,wa upload jugak ..har har har

Dunia nie rupanya kecik jerk ..dari sekolah menengah ,masuk universiti kemudian dah dpt keje pon ,lingkungan kengkawan masa kat sekolah dulu tetap maintain..kawan baru pon ramai gaks tapi x samer ngan yg lama .5 tahun dok kat sekolah asrama dulu beb , makan sama nasik kawah ,mandi sama air kolah ,kena hambat ke prep petang/mlm dek warden2 etc..etc..huh .Hanya yg pernah melalui dapat merasai ,tak gitu ? Igt2 hati ,rasa nak tolong kengkawan sume yg mana takde keje dapat keje..yg mana dah ada keje kita pakat2 cari jalan meniaga..mana2 yg dah meniaga tu ,bantu2lah kengkawan yg harapkan gaji bulan2 lagi nie ;) Ooops,cuma satu je wa harap ..jgn ada di antara kita nie yg kawan makan kawan nanti.

Al-maklumlah tgh2 kita dok tungkus-lumus carik duit kat kolumpo nie , ade yg tgk membe cam adik pandang abang,ada yang tgk cam abang pandang adik ,dan ada juga yang tgk cam harimau pandang rusa..Apapon yang kita buat kat orang n org nak buat kat kita ,kita dah besaq panjang ,pandai2lah jaga diri yeak ;)

Tuesday, June 22, 2004


A Commitment To Do Watever It Takes ( Photo_1 ) Posted by Hello

A Commitment To Do Whatever It Takes ( Part 1 )

Pernah tak terbayang,
satu pagi anda terjaga dari tidur, anda tidak perlu pergi kerja lagi.
bukan sebab dibuang kerja.
tapi pilihan anda untuk tidak meletak masa depan anda dan keluarga di tangan orang lain.

Pernah tak terbayang,
satu pagi anda terjaga dari tidur, anda bertanya kepada isteri dan anak-anak
"nak ke mana kita hari ini?" "sutera harbour" . Pack barang dan jalan.
"nak ke mana kita hari ini?" "disneyland, papa". Pack barang dan jalan.

Pernah tak terbayang,
percutian anda bukan sahaja dalam negeri, malah luar negara.
bawa isteri dan anak-anak melihat dunia luar. dunia luar dari persekitaran rumah.
Rupa-rupanya ada kehidupan yang hebat di luar sana ..

Monday, June 21, 2004

A Commitment To Do Whatever It Takes ( Part 2 )

Pernah tak terbayang,
Duit dan masa bukan lagi satu isu dalam hidup anda.
Hidup bebas daripada hutang kerana anda mampu.
Anda bebas ke mana sahaja dengan keluarga bila-bila masa ,24 jam untuk keluarga.
Segala-gala dalam hidup anda dibayar tunai termasuk rumah, kereta, pengajian anak2,apa sahaja kerana anda mampu
Segala-gala permintaan anak-anak tiada lagi alasan untuk anda kata tidak kerana anda mampu.
Anda boleh membantu sesiapa sahaja di dunia ini yang dalam kesusahan kerana anda mampu.
Haji dan umrah untuk seluruh kaum keluarga kerana anda mampu.
Tubuhkan dana untuk mereka yang tidak bernasib baik, anak-anak yatim kerana anda mampu.
Paling seronok, bukan hanya anda bebas masa dan kewangan, tapi semua orang di sekeliling hidup anda kerana anda mampu untuk membantu mereka mengubah masa depan mereka.

Pernah tak terbayang,
Sakit pening anda dan keluarga tidak perlukan 'approval' dari orang lain untuk anda sekeluarga berehat.
Anda hantar isteri dan anak-anak mendapatkan rawatan terbaik daripada pusat rawatan bertaraf 5 bintang kerana anda mampu dan bukan lagi hospital kerajaan.
Bila anak-anak sakit anda tidak perlu meminta bantuan orang ramai kerana anda mampu..

A Commitment To Do Whatever It Takes ( Part 3 )

Renungkan seketika...
adakah rumah yang kita tinggal sekarang ini rumah impian atau sekadar rumah untuk berteduh?
adakah kereta yang kita pandu sekarang ini kereta idaman atau sekadar kenderaan untuk mudah bergerak?
adakah anak-anak kita sudah diberi kehidupan terbaik atau mereka perlu cari sendiri kerana kita sendiri tidak pernah diberi kehidupan terbaik oleh ayah&ibu kita?
adakah kita bahagia dengan kehidupan sekarang?

rutin :
- bangun pagi hantar anak ke nurseri. pergi kerja tempuh jam.
- bermula kerja 9 - 5
- balik kerja sekali lagi tempuh jam.
- ambil anak. bergegas balik masak untuk keluarga.
- lepas makan malam, lepak depan tv sehingga habis siaran.
- masuk tidur.

esok bangun pagi. segala rutin bermula lagi. sedar tak sedar itulah kehidupan kebanyakan kita. ada yang bertahun-tahun.

Pernah tak terbayang,
anda bebas dari rutin ini?
rutin di atas adalah pilihan kita sendiri. soalnya sampai bila?


A Commitment To Do Watever It Takes ( Photo_4 ) Posted by Hello

A Commitment To Do Whatever It Takes ( Part 4 )

Jika masa menjadi penghalang anda untuk menikmati gaya hidup terbaik, anda tidak akan ada masa sampai bila2 untuk diri dan keluarga.
Jika sibuk menjadi alasan anda untuk mencapai segala impian anda, anda sebenarnya sibuk memenuhi impian orang lain
Jika anak-anak menjadi alasan untuk anda tidak boleh keluar dari rutin, kenapa tidak terbalikkan ayat itu, "aku perlu keluar dari rutin demi anak-anak."
PILIHAN di tangan anda.

Anda mungkin tidak mempunyai impian atau impian anda dah lama terkubur. Tapi lakukan sesuatu untuk penuhi impian anak-anak dan mereka yang anda sayangi.

Hakikat, memang tidak semua orang dalam dunia ini ditakdirkan untuk hidup senang-lenang.
Ada yang hidup miskin, sederhana, kaya, kaya raya.
Kenapa timbul kenyataan, "nak buat macam mana dah takdir aku hidup miskin/sederhana"?

Bila lihat orang lain memandu kereta berharga 2-3 buah rumah, tinggal di mahligai, kehidupan hebat, itu bukan sahaja takdir tapi PILIHAN mereka.
Mereka pilih untuk hidup jauh berbeza daripada orang lain.
Tapi soalnya kenapa orang lain? Kenapa tidak KITA sendiri buat pilihan yang sama?

A Commitment To Do Whatever It Takes ( Part 5 )

Bila peluang datang mengetuk pintu.
Anda bertanya "apa tu? macam mana? betul ke macam tak percaya? ini bukan untuk aku! tak pandai! sibuk! malas!tak ada masa! anak kecil lagi! tak sesuai! alah sama saja!"
Peluang berlalu....ketuk pintu orang lain. Orang lain bertanya "kenapa tidak?" orang lain buat pilihan untuk rebut peluang depan mata.
Anda meneruskan pencarian....

Pernah tak terbayang,
"Jika aku diberi peluang....Jika...Jika...Jika...

HIDUP HANYA SEKALI. HIDUP HANYA SEKALI. HIDUP HANYA SEKALI.

Berusahalah yang terbaik untuk diri dan keluarga anda.
Perubahan hanya berlaku bila kita buat PILIHAN.
Impian tanpa tindakan hanya angan-angan. Berhati-hati...

"EVERYDAY YOU ARE FACED WITH CHOICES.
THOSE CHOICES MAKE YOUR FUTURE...SO WHY NOT MAKE A CHOICE THAT MAKE YOUR FUTURE A BETTER PLACE?"

Terima kasih KAWAN ..kerana sudi membaca :)

Friday, June 18, 2004

Cinta Dan Korporat(Photo)


Cinta Dan Dunia Korporat Posted by Hello

Cinta Dan Dunia Korporat

Keadaan syarikat yang hampir lumpuh menyebabkan Global Amity mengambil keputusan untuk membawa masuk seorang tenaga baru dengan harapan kehadirannya dapat memberikan nafas baru kepada syarikat tersebut.

Sephia (Catriona) dipilih kerana kekecapannya. Tapi tak siapa menduga kecantikannya menyebabkan masalah dalaman Global Amity menjadi semakin parah.

Sephia menyintai Amir (Ako Mustapha) tetapi bila Amir terpaksa berkahwin dengan adik angkatnya, Haida (Sabrina), Sephia telah mengambil keputusan untuk membalas dendam dengan mengahwini abang Amir, Haykal (Hans Isaac).

Haykal dipenjarakan sebaik sahaja bernikah dengan Sephia dan Haida pula meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya.

Maka tinggallah Sephia yang masih belum bercerai dengan Haykal dan Amir yang baru kematian isteri.

Waktu ini baru Sephia mengetahui yang Amir terpaksa berkahwin dengan Haida kerana Haida telah mengandung (setelah dirogol Haykal).

Cinta Amir pada Sephia kembali bertaut tetapi mereka umpama sepasang kekasih gelap kerana cinta mereka adalah cinta terlarang. Sephia masih lagi bergelar Pn. Haykal, mana mungkin dia mencintai atau dicintai Amir.

Haykal mati di tali gantung tetapi laluan untuk Amir dan Sephia untuk hidup bersama masih kabur apabila Amir mendapati dirinya menghidap AIDS.